Monday 9 April 2012

KEJA YANG TAK DIIKTIRAF


KEJA NI.....NAK EDIT LAGI...LALALALA


ISI KANDUNGAN
                                                                                                                                                MUKASURAT
         i.            Isi Kandungan                                                                                                                        1
        ii.            Pengenalan                                                                                                                           2
      iii.            Pembangunan Sahsiah                                                                                                           3
      iv.            Biodata Shahnon Ahmad                                                                                                        4
        v.            Teori-Teori Personaliti Wajadiri                                                                                               7
      vi.            Aplikasi Teori Dengan Kehidupan Watak                                                                                11
     vii.            Aplikasi Teori Personaliti Wajadiri Watak                                                                                12
   viii.            Analisis Karya Dengan Penerapan Teori                                                                                 14
      ix.            Rumusan Dan Sinopsis                                                                                                         15
        x.            Rujukan                                                                                                                                16




TAJUK  :  SU USUL SEAMPUH  BUMI POSENG
PENGENALAN
A. Rahim Abdullah (Novelis Nusantara : Ideologi dan Pemikiran) “Shahnon Ahmad melalui Tunggul-Tunggul Gerigis (TTG) memanfaatkan tanda-tanda sebagai suatu proses kreatifnya, yang mempunyai keistimewaan tersendiri”.
Keistimewaan novel ini terletak pada bagaimana Pak Shahnon melakarkan kehidupan social di dalam sebuah kampung yang telah rosak hubungan sesama masyarakatnya yang berlainan ideologi di dalam parti politik yang berbeza. Juga bagaimana Pak Shahnon cuba menonjolkan  watak utama novel, Su Usul individu yang begitu tabah, berjiwa kental dengan erti kata lain memiliki personaliti wajadiri yang unggul. Novel yang simiotik sistem tanda.
                Huraian pelakuan PSIKOSOSIAL MASYARAKAT BERDASARKAN PANDANGAN PERSONALITI WAJADIRI dalam novel TUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS akan cuba dikupas dalam artikel ini sebaik yang mungkin. PSIKOSOSIAL merupakan cabang ilmu psikologi yang meneliti kesan atau pengaruh sosial terhadap tingkahlaku atau pelakuan manusia atau masyarakat.MASYARAKAT pula merujuk kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara yang tertentu. PERSONALITI ialah pemikiran emosi dan pelakuan manusia (Abdul Majid 1997). Setiap orang memiliki personaliti tersendiri. Ader (1984) mendifinisikan personaliti sebagai gaya atau ‘stail’ hidup seseorang manusia. Mengikut Alport (1961) menyatakan personaliti sebagai penyusunan sIstem psikofizikal yang dinamik dalam diri individu yang memerlukan cirri-ciri dan penyesuaiannya dengan persekitaran. Frued mentakrifkan personaliti “facets of personality” yang mengandungi ID, Ego, dan Superego.Mengikut Kamus Dewan edisi ke empat, personaliti bermaksud keperibadian atau perwatakan seseorang. Frasa WAJA biasanya dihubungkait dengan semangat atau keazaman yang kuat mengkut Kamus Dewan edisi ke empat. DIRI pula merujuk individu tertentu dan apabila digabungkan ia boleh difahami bermaksud seseorang yang memiliki semangat dan keazaman yang kuat dan kental. Watak utama novel Tunggul-Tunggul Gerigis iaitu Su Usul akan memperlihatkan bagaimana personaliti wajadirinya dapat mengharungi persekitaran bumi Poseng dan masyarakat Poseng yang sudah tidak keruan. Gejala pembangunan, ideologi politik, permusuhan dalam keluarga antara elemen-elemen yang menguatkan lagi wajadiri Su Usul.
PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pembangunan sahsiah bermaksud perkembangan/kemajuan peribadi. (Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga) Kehidupan ini adalah sesuatu yang kompleks. Sifat peribadi dalam konteks mengenal diri amat penting sekiranya ingin mencapai prestasi terbaik dalam kehidupan merupakan suatu perkara yang perlu dibangunkan dalam diri sendiri, dan bukan dari desakan pihak lain.Kesedaran perlu datang dengan sendiri, jika memerlukan bantuan sekalipun ia adalah pada tahap minima.Kepentingan pembangunan sahsiah diri bukan sahaja baik untuk peribadi diri, malah juga persepsi masyarakat sekeliling. Softskill ini boleh dibina, dibangunkan dan ia merupakan kelebihan dalam apa jua tujuan.Kebanyakan dari kita masih belum sedar apakah kepentingan sebenar perkara ini dan bila ia akan digunakan. Mengambil mudah dan memandang ringan terhadap perkara yang boleh mendatangkan masalah.Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku,pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut,seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya Justeru, pembangunan sikap dan sahsiah ini perlu dibentuk sejak dari awal supaya iasebati dengan diri kita. Individu yang sedar akan hal ini, akan cuba memperbaiki sedayaupaya supaya menjadikan diri mempunyai kelebihan berbanding yang lain.Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek fizikal, emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor keluarga adalah penting selain faktor kendiri individu itu sendiri. Keupayaan mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Pembangunan Sahsiah Pelajar merupakan satu elemen yang penting dalam pencegahan masalah gejala sosial di kalangan pelajar pada masa kini. Pembangunan sahsiahyang dilakukan ialah pembangunan yang seiring dari segi semua aspek iaitu aspek jasmani,emosi, rohani dan intelek yang berpandukan dengan al-Quran dan al-Sunnah.Pengalaman akan mengajar kita untuk memperbaiki diri kita yang dahulu. Akhir kata,bangunkan sahsiah diri, agar kita berada setapak di hadapan berbanding orang lain

Dato’ Haji Shahnon  bin Ahmad (Lahir 13 Januari 1933 Kampung Bunggul Derdap di Sik,Kedah)adalah seorang penulis Malaysia,mendapat gelaran Sasterawan Negara,serta bekas Ahli Parlimen.Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982.Beliau juga merupakan seorang Profeser Emeritus di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.Mula berkarya pada tahun 1950-an.
Shahnon telah menulis beberapa buah buku,di mana yang paling terkenal ialah novel Shit@PukiMak@PM (1999),sebuah sastera politik kontroversi.Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional(BN),parti komponen utamanya,Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO),serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.
Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan(1966)yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja,Rithy Panh,Rentong(1965),Srengenge(1973) yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970,serta Terdedah(1965).
Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS.Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999,beliau bertanding di kerusi parlimen Sik(P.13)dan menang.Beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 yang menyaksikan PAS  kehilangan kerusi tersebut kepada BN.



TEORI PERSONALITI WAJADIRI (Resilience)


PENGERTIAN
Pada tahun 1992 Liquanti membuat kesimpulan bahawa teori resilience member kekuatan kepada remaja untuk menghadapi cabaran hidup.Mereka tidak mudah mengalah apabila menghadapi tekanan.Mereka dapat mengawal diri dari terjebak dengan gejala yang tidak baik, kenakalan remaja, kegagalan di sekolah, dan dari gangguan mental.Ini menjadikan remaja lebih tabah. Tahun 1995,Grotberg menjelaskan resilience merupakan kapasiti yang bersifat universal.Oleh itu individu atau masyarakat dapat menghalang, mengurangkan ataupun menghindarkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa mereka mengalami musibah atau kemalangan.Grotberg pada  tahun(1995),Grotberg menjelaskan bahawa resilience merupakan kapasiti yang bersifat universal dan dengan kapasiti tersebut, individu, kelompok ataupun komuniti mampu mencegah, mengurangkan ataupun melawan pengaruh buruk yang boleh merosakkan semasa mereka mengalami musibah atau kemalangan.
Block pula mendifinisikan resilience merupakan keupayaan yang tinggi dalam menyesuaikan diri ketika menghadapi tekanan yang dating dari dalaman atauppun luaran.
“…a personality resource that allows individual to modify their characteristic level and habitual mode of expression of ego-control as the most adaptively ecounter,function in and shape their immediate and long term environmental context.(Block,dalam Klohnen,1996,hal.45).istilah resilience diformulasikan pertama kali oleh Block(dalam Klohnen,1996)dengan nama ego-resilience,yang diertikan sebagai kemampuan umum yang melibatkan kemampuan penyesuaian diri yang tinggi yang luas saat di hadapkan pada tekanan internal mahupun external.Secara  spesifik, ego resilience adalah:
“…a personality resource that allows individual to modify their characteristic level and habitual mode of expression of ego-control as the most adaptively ecounter,function in and shape their immediate and long term environmental context.(Block,dalam Klohnen,1996,hal.45).
Rutter & Garmezy (1996) menjelaskan dalam perjalananya,terminology reseilience mengalami perluasan dalam hal pemaknaan. Penelitian awal Rutter & Garmezy ( dalam Klohnen,1996), tentang anak-anak mampu bertahan dal;am situasi penuh tekanan .Dua peneliti di atas menggunakan istilah resilience sebagai descriptive labels yang mereka gunakan untuk menggambarkan anak-anak yang mampu berfungsi dengan baik walaupun mereka hidup dalam lingkungan buruk dan penuh dengan tekanan.
Mastern &Coatswerth (dalam Davis,1999),
Mengatakan bahawa untuk mengindentifikasikan resilience diperlukan dua syarat,iaitu yang pertama adalah ancaman yang signifikan pada individu(ancaman berupa status high risk atau ditimpa kemalangan dan truma yang kronis) dan yang kedua adalah kualiti adaptasi atau perkembangan individu tergolong baik ( individu berperilaku dalam compotent manner.
Menurut Grotberg(1999)
Adalah kemampuan manusia untuk manghadapi,mengatasi,menjadi kuat ketika menghadapi rintangan dan cabaran. Resilience bukan merupakan suatu keajaiban,tidak hanya ditemukan pada sebahagian manusia dan bukan merupakan sesuatu yang berasal dari sumber yang tidak jelas.Setiap manusia memiliki kemampuan untuk menjadi resilience dan setiap orang mampu untuk belajar bagaimana menghadapi rintangan dan cabaran dalam hidupnya.Resilience disebut juga oleh Wolin & Wolin(dalam Bautista,Roldan & Bascal,2011),sebagai keterampilan ketika berhadapan dengan tentangan hidup atau kualiti individu untuk tetap “sihat”(wellness) dan terus memperbaiki diri (self repair).
Shatte dan Reivich(2002)menyebutkan bahawa
Resilience adalah kemampuan untuk berespon secara sihat dan produktif ketika menghadapi rintangan atau trauma.Wolff (dalam Banaag 2002),memandang resilience sebagai trait.Menurutnya, trait ini merupakan kapasiti tersembunyi yang muncul untuk melawan kegagalan individu dan melindungi individu dari segala rintangan kehidupan.Individu yang mempunyai intelegensi yang baik mudah beradaptasi,sosial dan berkepribadian yang menarik pada akhirnya memberikan penampilan secara konsisten pada penghargaan diri sendiri, kompentensi dan perasaan bahawa ia beruntung.
Banaag(2002), menyatakan bahawa resilience adalah suatu proses interaksi antara faktor individual dengan faktor lingkungan. Faktor individual  ini berfungsi mencegah kerosakan diri sendiri dan melakukan kontruksi diri secara positif,s edangkan faktor lingkungan berfungsi untuk melindungi individu dan “memudahkan” kesukaran hidup individu.
Menurut Papalia,olds dan Feldman (2003)
Resilience adalah sikap tabah dan tahan lasak yang dimiliki seseorang ketika berhadapan dengan keadaan yang sulit dan sukar.
Lazarus(dalam Tugade & Fredrikson,2004), menganalogikan resilience dengan kelenturan pada logam.Misalnya,besi cetak yang banyak mengandung karbon sangat keras tetapi rapuh atau mudah patah (tidak resilience) sedangkan besi tempa mengandungi sedikit karbon sehingga hancur dan mudah dibentuk sesuai dengan keperluan (resilience).Perumpamaan tersebut boleh diterapkan untuk membezakan individu yang memiliki daya tahan dan yang tidak sesuai didedahkan pada tekanan psikologi yang dikaitkan dengan pengalaman negatif.


APLIKASI TEORI-TEORI  DENGAN KEHIDUPAN SU USUL
Su Usul, pendukung utama novel ini dapat dilihat bagaimana pembangunan (persekitaran) bumi Poseng telah mengakibatkan fikirannya sentiasa dipengaruhi pembangunan yang tidak diingininya. Malah pembangunan ini telah mempengaruhi tingkahlaku Su Usul. Walaupun kehidupan Su Usul ditentukan oleh pilihannya sendiri (Teori Pilihan William Glasser 1925 hingga sekarang) iaitu menetap dan hidup di bumi Poseng, Su Usul dapat apa yang dia tidak inginkan. Keadaan ini mewujudkan kesakitan dan kecelaruan jiwa Su Usul. Konflik inilah mempengaruhi tingkah laku , pemikiran, perasaan dan fisiologi Su Usul. Pembangunan yang Su Usul tidak hajati. Dalam teori ini juga Su Usul masih mempunyai kehendak untuk menentukan apa yang terbaik untuk dirinya namun psikologi kawalan luaran iaitu masyarakat dan persekitaran menghadkan segalanya. Walaupun demikian, watak Su Usul masih mempunyai cirri-ciri kepribadian dan personaliti yang menarik. Ini dapat dilihat bagaimana setua usianya masih gagah menghadapi kerumitan yang timbul. Wajadirinya tetap utuh, kuat dan kental. Berkait rapat dengan keperluan fisiologi Su Usul, cucunya Bedul sahaja yang masih sudi memanggilnya untuk makan. Teori Hierarki Keperluan (Abraham Maslow) menjelaskan keperluas asas fisiologi seperti makanan Su Usul dapat dipenuhi. Dalam dunia pendidikan misalnya, guru mempunyai pilihan untuk mendenda pelajar tetapi desakan factor persekitaran seperti masyarakat, dasar sekolah dan sebaginya, keinginan itu akan terbatas.
                Su Usul juga digambarkan individu yang tidak efektif. Su usul sering menganggap masyarakat sekelilingnya seperti kayu tunggul, seperti batu-batu, ketulan-ketulan. Semua pemikiran ini dianggap tidak efektif yang menunjukkan individu tersebut (Su Usul) dalam situasi sedih kerana masyarakat malah anak-anaknya Mahmud dan Derani juga seolah-olah tidak menghiraukannya. Keadaan ini menyebabkan Su Usul kecewa, putus asa dan sering menyalahkan orang lain. Aplikasi daripada teori Glasser , jelas sekali membuktikan mengapa Su Usul dalam keadaan bermasalah adalah kerana keinginannya tidak dipenuhi. Su Usul merasa dirinya tidak disayangi dan tidak dihargai. Situasi di dalam kelas misalnya, pelajar yang tidak efektif akan sering melakukan masalah disiplin. Banyak punca perkara ini berlaku seperti masalah di rumah, rakan sebaya, persekitaran dan sebagainya.
                Dapat juga dihubungkait masalah Su Usul di bawah tahap-tahap perkembangan psikososial Erikson menunjukkan Su Usul berada dalam Psikososial Tahap 8 iaitu Kesepaduan lawan putus asa (65 tahun ke atas). Jelas pada peringkat ini seseorang dewasa (Su Usul) akan melakukan refleksi kendiri. Dia akan banyak mengingati kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada peringkat awal. Dalam novel diceritakan Su Usul mengingat sahabat-sahabat lamanya yang sudah meninggal (gemulah) seperti Diah, Debasa, Meli, Useng dan lain-lain lagi sahabat baiknya. Teori ini juga menjelaskan jika seseorang berpuas hati dengan pencapaiannya pada peringkat awal dia akan mencapai rasa kesepaduan. Jika sebaliknya, dia akan merasakan kegagalan dan hidup dalam berputus asa. Dalam novel ini diceritakan Su Usul mengingatkan keindahan bumi Poseng dengan flaura dan faunanya, bagaimana dia dijodohkan dengan Bunga, kenangan dia mendapat dua orang cahaya mata dan sebaginya. Semua ini membangkitkan kesepaduan dalam diri Su Usul.
                Seterusnya aplikasi Pendekatan Psikoanalitik (Sigmund Freud 1856-1939) mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drivers). Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak social, dan penuh dengan desakan yang merosak dirinya dan manusia sebagai individu yang tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Ini dapat ditunjjukkan dalam novel yang mengisahkan perbalahan di antara dua orang adik beradik iaitu Mahmud dan Derani. Perbalahan hanya berpunca lantaran ideology politik yang berbeza. Su Usul merasakan persengketaan dua beradik itu satu kemelut dan mereka sebagi individu yang tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Malah Su Usul kecewa dan sedih kerana dia juga sebahagian daripada individu berkenaan. Kerakusan syarikat-syarikat pembalakan menggondolkan bumi Poseng menambah derita Su Usul. Pembangunan yang telah banyak mengubah serta menjahanamkan bumi Poseng. Su Usul bosan dengan pembangunan yang ada. Tindakan syarikat berkenaan bagi Su Usul adalah tidak rasional dan merosak. Walau bagaimanapun, Su Usul masih kuat untuk menghadapi semuanya. Ini menunjukkan perkembangan personaliti wajadiri Su Usul dalam lingkungan tahap kesedaran peringkat prasedar di mana individu akan mengalami kesukaran untuk mengingat dan untuk menyedari sesuatu yang telah berlaku. Walau bagaimanapun, jika tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh, ianya mampu diingat semula. Misalnya Su Usul berusaha mengingat semula detik perkahwinannya dengan Bunga, kematian Bunga, sahabat-sahabatnya. Dalam usia dan keadaan uzur, Su Usul masih terdaya untuk mengingatinya.
                Mekanisme Bela Diri menurut Sigmund Freud adalah keadaan di mana ego membela dirinya terhadap konflik dan kerisauan dengan membuang fikiran-fikiran dan input-input yang tidak menyenangkan ke pemikiran bawah sedar. Menurut Schultz (1993) pula mekanisme bela diri sebagai satu proses psikologi yang bertujuan untuk mengawal id dengan sempurna. Mekanisme bela diri juga dilihat sebagai mampu mempertahankan segala kutukan oleh superego.
Dalam novel ini dapat dilihat bagaimana Su Usul cuba membuang kerisauannya terhadap pembangunan bumi Poseng, cuba membuang perasaan permusuhan anaknya Derani dan Mahmud, cuba menyingkir fikirannya mengenang Bunga isterinya yang telah mati dan sahabat-sahabatnya. Su Usul menenangkan fikirannya dengan memikirkan untuk mengorbankan lembunya, Goh. Su Usul menenangkan fikirannya dengan memikirkan cucunya, Bedul. Su Usul menggunakan Represi (Repression) di mana ia adalah strategi mekanisme bela diri yang terpenting dan asas dalam teori Personaliti Frued. Dalam kehidupan seharian sebagi warga pendidik juga, kita secara tidak sedar mengamalkan Teori Represi ini, misalannya kita cuba sedaya upaya melupakan saat kita gagal membentulk pelajar berdisiplin, kita gagal menjadikan pelajar mendapat keputusan cemerlang. Malah dalam novel ini juga ditunjukkan belaku mekanisme bela diri Penafian (Denial) yang bermaksud penolakan untuk percaya maklumat yang menimbulkan kerisauan (ini tidak mungkin berlaku). Penafian juga bersifat assertion bahawa maklumat tersebut adalah salah. Su Usul cuba menafikan kematian Bunga dengan mengatakan Bunga sebenarnya belum mati, kawan-kawannya belum mati. Dia menganggap masyarakat bumi Poseng sebenarnya mati. Sebenarnya mekanisme bela diri tidak semestinya tidak sihat kerana dengan adanya mekanisme ini, Su Usul dapat menenangkan fikirannya. Su Usul juga lebih banyak mengingati Allah supaya dia tidak merasa kesepian dan agar dia lebih bersemangat. Sebagai seorang guru, jika kita gagal, kita akan menganggap guru lain juga gagal apabila menghadapi masalah seperti kita. Personaliti wajadiri Su Usul menyerlah bila mana dia sentiasa mengingati Allah dalam apa keadaan. Ini membuktikan Su Usul memiliki sahsiah dari aspek jasmani, rohani, naluri dan akal fikiran.
                Dalam Teori Pilihan William Glasser juga ada menyentuh individu yang berjaya akan menunjukkan pelakuan efektif, manakala individu yang gagal akan mempamerkan pelakuan tidak efektif. Diterangkan dalam novel Tunggul-Tunggul Gerigis, watak Mahathir cucu Su Usul yang keras kepala, tidak mendengar nasihat dan menganggap dirinya sahaja yang betul. Psikososial masyarakat banyak membentuk sikap Mahathir. Ayahnya Mahmud juga jenis keras kepala. Keadaan ini timbul kerana keperluan psikologi Mahathir tidak dapat dipenuhi. Ayahnya sibuk dengan ideologi politiknya, yang sentiasa menyalahkan orang lain bahkan adiknya sendiri Derani turut menjadi mangsa. Ekoran dari pengaruh itu, wujudlah tingkahlaku yang akan dilakukan oleh seseorang dan mempunyai kesan dalam dirinya. Dalam dunia pendidikan, kita tidak dapat lari dari tingkah laku efektif dan tingkah laku tidak efektif. Misalnya jika kita berjaya membimbing murid mendapat keputusan cemerlang, rakan-rakan akan menghambur pujian dan kita tidak akan rasa tertekan. Kita akan merasa gembira, dihargai dan dihormati. Personaliti wajadiri yang memiliki sahsiah positif memang setiap guru idamkan. Ekoran masalah psikososial masyarakat yang berbelah juga menyebabkan Su Usul terus merasa disisihkan.














APLIKASI TEORI PERSONALITI WAJADIRI (RESILIENCE) WATAK
Personaliti Wajadiri (resilience) mengikut Liquanti (1992) mengikut teori ini ialah memberi kekuatan kepada individu untuk menghadapi cabaran hidup. Mereka tidak mudah mengalah menghadapi tekanan, dapat mengawal diri dari terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Grotberg (1995) pula berpendapat resilience merupakan kapasiti yang bersifat universal. Oleh itu individu atau masyarakat dapat menghalang, mengurangkan ataupun menghindarkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa mereka mengalami musibah atau kemalangan. Banang (2002) menyatakan bahawa resilience adalah satu proses interaksi antara faktor individual dengan faktor lingkungan.
                Membaca novel ini kita akan dapat secara langsung personaliti wajadir yang ada dalam diri watak-watak novel. Mengapa Su Usul begitu bangga dengan Poseng adalah kerana dia memeiliki jiwa Emution Regulation yang bermaksud kemampuan dia untuk menghadapi tekanan. Individu ini menggunakan pengaturan emosi agar boleh mengawal emosi, perhatian dan prilaku mereka. Ketabahan Jiwa – begitulah dapat diungkapkan pada diri Su Usul berdasarkan beberapa peristiwa yang akan dihuraikan. Su Usul tabah menghadapi kematian Bunga, sahabat-sahabatnya malah Su Usul dikejutkan dengan kematian cucunya, Bedul. Kematian Bedul amat tragis dan masyarakat bumi Poseng sukar untuk mempercayainya. Tepat sekali berdasarkan maksud personaliti wajadiri iaitu kemapuan untuk bereaksi secara sihat dan produktif ketika menghadapi rintangan, dugaan, tekanan dan trauma. Dijelaskan juga dalam novel ini betapa sabar dan tabahnya Su Usul menjaga dan mendidik anaknya Mahmud dan Derani. Setelah dewasa, anaknya cuba menyisihkannya. Meskipun Su Usul kekadang bersedih, kesedihannya bukan kerana kecewa tetapi lantaran ketabahan menghadapi kerenah masyarakat bumi Poseng.
                Su Usul juga digambarkan sebagai individu yang menghargai. Biarpun hanya cucunya Bedul yang sering memanggilnya untuk makan, untuk bersembahyang, Su usul amat menghargai cucunya itu. Individu ini tidak berkecil hati walaupun anaknya Derani dan menantunya Selamah jarang menjenguk dan memperdulinya. Malah cucu-cucunya Salbiah, Huduh, Mariam juga tidak sudi menjenguknya tetapi Su Usul masih dapat bertahan.


ANALISIS KARYA DENGAN PENERAPAN TEORI
Shatte dan Reivich (2002) menyatakan bahawa resilience adalah kemampuan individu iaitu empati adalah seseorang yang mampu membaca keadaan dan emosi seseorang.
Ketegangan dan kecelaruan adik-beradik anak Su Usul iaitu Mahmud dan Derani tidak mematanhkan semangat Su Usul untuk terus hidup. Bagi Su Usul perbalahan itu akan berakhir suatu masa nanti. Secara psikologinya, Su Usul dapat memahami dan membaca niat dan hati anak-anaknya. Su Usul tidak sedikitpun tersinggung, tidak berkecil hati malah dia membuat ibarat tindakan anak-anaknya umpama tunggul-tunggul yang tidak bernilai dan tidak berguna.
Grotberg (1995) mengemukakan faktor resilience yang didefinisikannya berdasarkan bangga pada diri sendiri iaitu individu tahu bahawa mereka adalah seorang yang penting dan merasa bangga akan siapakah mereka itu dan apapun yang mereka lakukan atau akan dicapai. Individu ini tidak akan membiarkan orang lain meremehkan atau merendahkan mereka. Ketika individu mempunyai masalah dalam hidup, kepercayaan diri dan self esteem membantu mereka untuk dapat bertahan dan mengatasi masalah tersebut.
Su Usul bangga dengan anak-anaknya biarpun disisih. Su Usul bangga dan gembira mempunyai cucu seperti Bedul kerana Bedullah satu-satunya cucu yang boleh diharap. Su Usul tetap merasakan dirinya masih berguna selagi lembunya Goh belum dikorbankan. Dia percaya jika Goh (lembu) dikorbankan masyarakat akan menikmati dan merasai daging Goh, sesuatu yang dibangga Su Usul. Individu ini tetap yakin Goh lembunya akan berjaya dikorbankan Cuma Su Usul menunggu saat Goh kembali menemui gemulah-gemulah lain. Bagi Su Usul andai Goh tidak berjaya dikorbankan, dia rela pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu. Su Usul tidak kecewa dan tidak resah menghadapi kematian. Dia dapat merasakan kebangaan kerana kematian bermakna dia akan bertemu Bunga dan gemulah-gemulah lain.
Shatte dan Reivich (2002) menyebut bahawa resilience adalah kemampuan untuk berespon secara sihat dan produktif ketika menghadapi rintangan dan trauma.
Keadaan ini dapat diungkapkan melalui watak Mahmud yang walau marah sekalipun tetap menganggap abangnya Derani sebagai darah dagingnya. Dia tidak menyimpan dendam walaupun berlainan ideologi politik. Mahmud masih bersikap rasional menghadapi puak parti abangnya. Dugaan dan rintangan ditempuh oleh Mahmud walaupun dia sering dicemuh, diejek oleh puak Imam Itam yang merupakan puak abangnya. Dalam keadaan kekusutan itu juga Mahmud sedaya upaya untuk menyatukan masyarakat bumi Poseng walaupun hakikatnya sesuatu yang mustahil. Mahmud juga individu yang produktif. Ini dapat dijelaskan apabila dia masih sanggup mengagih bantuan daripada Tuk Wakil berupa baja dan benih untuk penduduk kampung. Matlamat Mahmud ialah memajukan kampung dengan bantuan yang diberi seterusnya penduduk bersatu di bawah parti politik mereka (PBB). Dalam situasi lain Mahmud masih mampu untuk mengawal emosinya daripada dikuasai oleh hasutan isteri dan syaitan. Mana tidaknya, Mahmud sering mengelamun agar Su Usul dibunuh sahaja, agar Su Usul disingkir sahaja dengan pelbagai cara untuk menamatkan riwayat Su Usul. Mahmud tahu dan sedar Su Usul itu adalah darah dagingnya dan tidak mungkin dia tergamak melaku sesuatu yang diluar batasan sebagai seorang anak.
Shatte dan Reivich (2002) menjelaskan Self Efficacy adalah kemampuan yang menunjukkan bahawa seseorang dapat memecahkan masalah yang dialami demi mencapai kejayaan.
Su Usul tidak mudah menyerah kalah dalam mengharungi sikap dan pelakuan anak-anaknya. Bagi Su Usul dia mesti terus hidup dalam keadaan apa sekalipun. Hasratnya untuk mengorbankan lembunya Goh juga mesti diteruskan walaupun anaknya Mahmud tidak sudi untuk menyembelih Goh. Malah kalau Imam Itam, Derani atau puak PSS tidak sudi menyembelih Goh, dia dan cucunya Bedul akan melakukannya. Masalah mengorbankan Goh sempena Hari Raya Haji bukan satu kerumitan pada Su Usul. Baginya, Goh pasti akan pergi juga. Su Usul amat yakin masyarakat bumi Poseng akan sudi menerima daging Goh.
Menurut Papulia Olds dan Feldman (2003) resilience adalah sikap tabah dan tahan lasak yang dimiliki seseorang ketika berhadapan keadaan yang sukar.
Novel Tunggul-Tunggul Gerigis mengisahkan sikap tabah dan tahan lasak Su Usul berhadapan dengan masyarakat bumi Poseng yang bermusuhan. Malah Su Usul juga digambarkan sebagai individu yang tabah dengan tekanan daripada anak-anaknya Mahmud dan Derani. Digambarkan keadaan fizikal Su Usul yang sudah terlalu tua malah uzur tetapi semangat wajadir yang dimiliki, sikap tabah dan lasaknya memberi ruang untuk Su Usul  terus hidup. Walau deria pendengaran dan penglihatan Su Usul sudah uzur seuzur kesihatannya, namun Su Usul masih taat menunaikan sembahyang. Cemuhan-cemuhan dan pertengkaran yang selalu didengarnya, Su Usul menganggap dia tidak mendengar. Su Usul masih mampu untuk turun naik rumah menjenguk lembunya Goh. Su Usul juga digambarkan sanggup bergerak hanya menggunakan punggungnya keluar dari biliknya (kandang).

RUMUSAN
Untuk menghadapi segala cabaran, rintangan, tekanan, masalah, trauma seperti di atas, dituntut satu daya atau kemampuan untuk terus bangkit dan hidup dengan efektif. Resilience merupakan senjata manusia untuk mengharunginya. Setiap individu mempunyai peluang untuk berjaya andai wajadirinya utuh dan ampuh. Dalam dunia pendidikan juga, guru tidak boleh tidak mesti dan mengamalkan sahsiah terpuji, wajadiri yang berterusan dan konsisten demi kejayaan kerjaya dan para pelajar yang dihadapinya setiap masa.

SINOPSIS NOVEL
Lewat TUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS, SHAHNON AHMAD menyelami, menganalisa, dan mengutarakan punca masalah yang sedang membengkak dan menanah di kalangan ummah hari ini. Kita boleh melihat bagaimana Pak Shahnon menghantar isyarat kepada khalayak pembaca melalui kedua-dua buah parti politik tersebut. Parti politik yang memerintah dan parti politik yang membangkang dibawa ke dalam sebuah masyarakat kampng di Poseng. Akhiri…..kata-kata yang ditulis oleh A. Rahim Abdullah mengenai novel ini :
“Dunia Poseng yang sebelumnya aman dihancurkan oleh tanda dan gejala akibat kedurjanaan manusia sendiri. Manusia menyalahguna kepentingan peribadi atas nama kepentingan ummah (sosial) menyebabkan orang yang tidak berdosa atau tidak terlibat dalam permasalahan inipun turut terkorban. Matinya Su Usul (tanda kebenaran), runtuhnya bumi Poseng, runtuhlah tamadun bangsa dan tahap ketaatan beragama manusia yang dipertahankan selama ini. Hakikat ini satu analogi, satu fragmen, dan gejala sosial yang diperingatkan oleh Shahnon Ahmad itu, tidak lain tidak bukan sebagai satu tanggungjawab moral dan sosialnya”
Rujukan :


a)       A. Rahim Abdullah : Novelis Nusantara – Ideologi Dan Pemikiran
b)       Azizi Yahya & Mohd. Sofie bin Bahari : Teori-Teori Tingkahlaku Berisiko
c)       Dr. Azizan Bahari : Konflik Nilai Antara Generasi
d)       Hasan Mustafa : Perspektif Dalam Psikologi Sosial
e)       http://www.pnm.my/yang pertama/Tokoh Sasterawan
f)         Mohammad Aziz Shah Mohd Arip, PhD  & Rahmatullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD: KKD2063 Pembangunan Sahsiah
g)       Ramlah Jantan & Mahani Razali : Psikologi Pendidikan – Pendekatan Kontempori
h)       Shahabuddin Hashim : Personaliti Wajadiri Pendidikan

No comments:

Post a Comment