Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.
Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah
digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita
lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.
Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum
wanita dalam keadaan tertindas.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal
laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi
banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin
dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita
takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab
bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki
dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya
nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa
nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada
Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa
isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila
kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke
tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang
membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi
fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti
di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin
bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w
dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia
ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan
remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda
yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang
teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah
ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat
perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya
apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah
pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka
dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar
pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun
akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan
isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami
perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,
walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada
suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang
menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan
remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan.
Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan
malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak
malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal
masa melahirkan”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan
diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri
saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka?
Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Beruntung perempuan ini
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak,
seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada
Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Isteri kepada lelaki yang sedang
berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya
berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang
mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan
seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti
melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan
peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha
Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian
dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki
berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah.
Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti
No comments:
Post a Comment