Sunday, 6 May 2012

KERJA KURSUS GROUP KENEGARAAN

,1
BAB 1
1. PENGENALAN
1.1 Latar belakang projek.
Projek Kenegaraan ini merupakan salah satu skop kerja kursus secara kumpulan yang dilaksanakan oleh ahli-ahlinya di sebuah sekolah yang terpilih. Seramai 9 orang guru iaitu ahli kumpulan ini dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek ini berdasarkan tema yang dipilih. Penglibatan, kerjasama, komitmen para ahli dituntut agar pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar. Gurindam ada menyatakan “anak umpama biji benih, lontar ke laut menjadi pulau, lontar ke udara menjadi kejora, lontar ke darat menggunung sasa” menunjukkan peri pentingnya watak pelajar bagi sesebuah negara. Pelajar perlu disemaikan semangat patriotisme yang mendalam untuk mengekal pembangunan dan perpaduan negara. Pendedahan awal kepada pelajar semangat patriotisme melalui beberapa kaedah, strategi, cara, dan teknik mampu untuk mewujudkan pelajar yang bertanggungjawab, cintakan tanah air dan memiliki jatidiri serta sahsiah yang unggul. Aktiviti dalam projek kali ini merupakan sebahagian model yang dapat membantu menanam semangat patriotisme dalam kalangan pelajar khasnya dan sekolah amnya. Langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan. Aplikasi pelbagai kegiatan seperti aktiviti dalam modul yang akan kami laksanakan juga dapat membantu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
,2
1.2 Tujuan dan objektif program
Perlaksanaan projek ini antara lain tujuannya ialah :
1.2.1 mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara
1.2.2 mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap negara, agama, dan bangsa.
1.2.3 bersemanagat kekitaan, berdisiplin, dan hidup bermasyarakat dan harmonis.
1.2.4 memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan.
1.2.5 bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
Objektif utama program yang dijalankan ini ialah untuk :
- memberi pendedahan awal kepada pelajar khasnya di peringkat sekolah rendah tentang nilai-nilai dan semangat patriotisme yang perlu ditanam dan diaplikasi dalam kehidupan seharian peserta.
1.3 Signifikan Program
Bertemakan patriotisme, penglibatan pelajar secara praktikal akan dapat memberi ruang, peluang dan impak yang positif dalam usaha menyemai dan menanam semangat patriotisme dalam diri peserta. Pelajar perlu tahu dan mengamalkan patriotisme bukan sekadar mengibar bendera semasa ulang tahun kemerdekaan tetapi juga komitmen suatu perasaan mendalam, suatu
,3
semangat yang dihayati , menyerlah dan berkobar-kobar apabila dituntut keadaan. Dalam konteks masa kini, patriotisme yang ditanam dalam diri dan jiwa pelajar boleh ditafsirkan sebagai sikap, semangat, dan tindak tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan ekonomi, politik, sosial, agama, kedaulatan dan sebagainya. Pelajar perlu diberi penekanan bahawa seorang yang patriotik akan mengambul berat untung nasib negara bangsanya.
1.4 Jawatankuasa Program
Pengerusi : Dzul Karnain Abdul Kadir
N. Pengerusi : Mas Rasulamah Abdul Manap
Setiausaha : Roslan Samion
Bendahari : Emas Seleman
AJK : Jurufoto – Azezul Razaid
Hadiah – Mohd. Khir Nasarruddin Jolen
Jamuan – Khairunnisa Nur Afiqa Abdullah
Persiapan tempat - Nicholas Ak Edward Munyug
Editor tugasan - Ramzi Junai
,4
BAB 2
2. LITERATUR TEMA PROGRAM
Dalam konteks pendidikan dan mata pelajaran di sekolah,penerapan unsur nilai patriotisme paling sesuai dilakukan melalui matapelajaran Sejarah. Abdul Shukor Abdullah (1998) ketika membincangkan hal ini,menyatakan :
‘Bagi memastikan perkembangan pelajar adalah secaramenyeluruh dan seimbang, penekanan perlu dibuat kepada usaha pemupukan nilai dan semangat patriotisme. mata pelajaran yang menjadi pendukung utama kepada usaha ini adalah mata pelajaran Sejarah, di samping usaha pemupukan patriotisme yang dilakukan melalui pendekatan menyeluruh dan merentasi kurikulum.’
(Abdul Shukor Abdullah, 1998, hal. 11-12)
Manakala Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin pula menyatakan :‘Pendidikan sejarah boleh dijadikan sebagai pendukung utama pemupukan semangat kewarganegaraan dan patriotisme serta dapat membangkitkan semangat nasionalisme.’ (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1992, hal. 21)
Pemupukan nilai, sikap dan semangat patriotik
Mata pelajaran Sejarah merupakan pendukung utama pemupukan patriotisme dan semangat kewarganegaraan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlulah dibuat ke atas aspek nilai dan iktibar daripada pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia negara, kebanggaan dan keperibadian sebagai rakyat Malaysia.’
(Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM. Tingkatan ll, 1995, hal.xi)
,5
Kajian Hassan Haris, Abdullah Mohd. Noor, dan Puteh Mohamad (1993) pula
mendapati para guru sejarah lebih memberi keutamaan kepada isi pengajaran, daripada melakukan penerapan nilai murni (termasuk nilai patriotisme) dalam pengajaran mereka. Malah Haminah (1999) mendapati terdapat para pelajar di peringkat menengah atas yang tidak memahami unsur-unsur patriotisme, seperti aspek lambang-lambang negara, berani dan sanggup mempertahankan bangsa dan negara, peka terhadap masalah isu bangsa dan negara, muhibbah, serta mempertahan dan menjunjung perlembagaan negara.mengenalpasti kesan etnik (bumiputera dan bukan bumiputera) terhadap pencapaian patriotisme dalam kalangan pelajar daripada aspek-aspek:
a) Bangga negara
b) Setia negara
c) Hormat simbol negara
Pembentukan warganegara Malaysia yang mempunyai semangat patriotik adalah berasaskan amalan ciri-ciri berikut (Kementerian Pendidikan, 1994):
(a) Bersemangat cinta akan negara dan bangsa
Seseorang yang bersemangat cinta akan negara dan bangsa harus menunjukkan sifat atau amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa.
(b) Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan dan menyanjung perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara,
,6
menghormati lambang-lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan, mengamalkan perlakuan yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal dan menghayati warisan budaya tempatan.
(c) Bersemangat kekitaan
Rakyat Malaysia perlu bersatu dan berharmoni, bertoleransi, bekerjasama dan tolongmenolong, hormat-menghormati, bersefahaman dan bermuafakat, mempunyai
semangat muhibah dan bersifat kasih sayang.
(d) Berdisiplin
Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang, bertanggungjawab, bertindak secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku adil dan bertimbang rasa.
(e) Berusaha dan produktif
Mereka yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, tekun dan gigih, berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara, serta peka terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara seperti isu pemeliharaan alam sekitar.
,7
BAB 3
3.1 METODOLOGI PROGRAM
FASA
TARIKH
PERKARA
FASA I
Praperancangan
14/4/2012
Kerja ke arah taklimat projek :
- Menbentuk sumber-sumber rujukan
- Membentuk kemungkinan-kemungkinan
FASA II
Perancangan Lengkap
22/4 –
1 /5/2012
Menyediakan taklimat kerja yang lengkap :
- Memahami prosedur projek
- Menjadualkan kegiatan-kegiatan dan sumber-sumber
FASA III
Pelaksanaan
5/5/2012
Melaksanakan perancangan
- Mengawasi dan mengawal semakan/ perbandingan dengan perancangan
FASA IV
Ulasan pasca projek
6/5/2012
Menutup projek
- Mengemukakan laporan akhir
- Melakukan penilaian terhadap projek
- Menyediakan maklumat dan dokumentasi
3,1 Kumpulan Sasaran
BIL
NAMA PELAJAR
KELAS
MODUL
1
Yazid Zulfiqri bin Muhammad Firdaus
5C
semua
2
Muhd. Syarifuddin bin Abdul Halim
5C
semua
3
Muhammad Fadzli bin Abdullah
5B
semua
4
Muhammad Iqmaleezza bin Abdul Rahman
5B
semua
5
Afiq bin Ismail
5B
Semua
,8
6
Muhd. Yazid bin Othman
5B
semua
7
Mohd. Amirul bin Syofian
5B
Semua
8
Muhd. Hanadi bin Saadi
5B
semua
9
Izzah Izzati binti Reden
5C
semua
10
Syarfika binti Salkh
5C
Semua
11
Syasya Syahida binti Pauli
5C
Semua
12
Dyg. Anisa binti Awg. Othman
5B
Semua
13
Nur Akmahanis binti Kamil
5B
Semua
14
Amelda Aidawati binti Materang
5B
Semua
15
Kasih Syazwani binti Syhazzeam
5B
Semua
16
Zuhairah Syafiqah binti Dzulkarnain
5B
Semua
17
Mastura binti Isa
5B
Semua
18
Siti Nazzatul Liyana binti Roslan
5B
Semua
19
Anis Syazwani binti Wan Abdullah
5B
Semua
20
Siti Nuraini binti Idris
5 B
Semua
Bagi merealisasi dan menjayakan program yang telah diatur, seramai 15 orang pelajar dari kelas tahun 5 Berlian (aliran Bahasa Melayu) dan 5 orang dari kelas Tahun 5 Ceria (aliran Bahasa Cina) dipilih berdasarkan siri ujian saringan berbentuk kuiz yang telah dilakukan. Apa yang menjadi harapan ialah pelajar yang dipilih ini akan menjadi perintis kepada rakan-rakan agar dapat mengetahui seterusnya menjiwai semangat patriotisme. Dengan pemilihan dalam jumlah yang terhad ini juga ia dapat membantu pihak sekolah merancang aktiviti yang serupa pada masa akan dating kepada warga sekolahnya.
,9
3.2 Lokasi
Setelah fasa pertama dijalankan, kalangan ahli telah bersetuju untuk melaksanakan projek bertemakan patriotisme di sebuah sekolah yang terpilih. Sekolah Kebangsaan Campuran Daro telah dikenalpasti lokasi yang sesuai memandangkan kedudukannya mudah dihubungi dan mempunyai beberapa kemudahan untuk para guru melaksanakan projek.
3.3 Prosedur pelaksanaan
Setelah fasa 1 berjaya dilakukan, beberapa prosedur tertentu telah dikenalpasti bagi menjayakan perancangan yang dibuat.
1. Berbincang dengan pihak pentadbiran tentang projek yang akan dilaksanakan.
2. Menulis surat rasmi beserta kertas kerja projek.
3. Merujuk garis panduan pelaksanaan projek.
4. Perbincangan tidak formal dengan guru-guru bagi mendapatkan idea, sokongan dan kerjasama semasa projek dijalankan.
5. Taklimat bersama guru-guru yang terlibat dan perlantikan ahli jawatankuasa kerja peringkat sekolah.
6. Guru kelas akan mengadakan kuiz bertemakan patriotisme kepada beberapa buah kelas yang terpilih.
7. Taklimat kepada pelajar yang dipilih untuk mengikuti program.
8. Persiapan terakhir sebelum projek dilaksanakan.
9. Fasa II dan IV.
,10
3.4 Penilaian program
Langkah kerja penilaian ini dijalankan dalam fasa IV di mana ahli-ahli akan berbincang tentang projek yang telah dilaksanakan. Idea, komen serta cadangan setiap ahli diambil kira bagi membentuk kertas kerja program dan seterusnya akan di dokumentasikan. Ahli kumpulan akan menyediakan laporan terpeinci mengenai tugas atau projek yang telah dilaksanakan. Sepanjang projek dijalankan, pengerusi selaku pengurus kumpulan akan sentiasa memantau dan membuat penilaian projek kumpulannya. Tugas setiap ahli memastikan tiada konflik timbul sepanjang aktiviti dilaksanakan. Diskripsi tugas atau modul akan disatukan untuk dibuat penilaian. Seterusnya laporan hasil penilaian secara penuh dan menyeluruh didokumentasi untuk dijadikan bahan rujukan.
,11
BAB 4
4.1 MODUL 1 (Kuiz Sejarah)
4.2 MODUL 2 (Jigsaw Puzzel)
4.3 MODUL 3 (Jangan Lupa Lirik)
4.4 MODUL 4 (Mewarna Bendera Negeri Sarawak)
4.5 MODUL 5 (Mendeklamasi Sajak)
4.6 MODUL 6 (Sukaneka)
4.7 MODUL 7 (Menama Tokoh Sejarah)
4.8 MODUL 8 (Hari Merdeka)
4.9 MODUL 9 (Mewarna Logo)
,12
BAB 5
5. PERBINCANGAN DAN RUMUSAN PROGRAM
5.1 Kekuatan dan kelemahan program
Setelah program berjaya dilaksanakan dengan lancar, beberapa kekuatan dan kelemahan telah dikenalpasti sepanjang ia dijalankan.
5.1.1 Aspek kekuatan :
i. Pelajar yang terlibat begitu teruja untuk mengetahui aktiviti program yang kan dijalankan.
ii. Penglibatan pelajar begitu aktif, dan seronok bersama rakan-rakan melalui aktiviti yang dilaksanakan.
iii. Semasa aktiviti dijalankan, sacara tidak langsung pelajar dapat mengenali dan mengetahui nama tokoh-tokoh sejarah, makan sImbol-sImbol, lagu-lagu patriotik dan sebagaInya.
iv. Aktiviti Jangan Lupa Lirik begitu menarik perhatian dan minat pelajar kerana ini merupakan aktiviti pertama yang dilaluinya
5.1.2 Aspek kelemahan
i. Terdapat pelajar yang tidak mengenal nama tokoh-tokoh sejarah, warna-warna tertentu pada bendera dan logo
ii. Warna yang dibawa oleh pelajar ada yang tidak sesuai untuk sesi mewarna – warna jenis marker.
iii. Rata-rata peserta kurang pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan terutamanya semasa aktiviti kuiz dijalankan.
,13
iv. Aktiviti Jangan Lupa Lirik juga agak mencabar kepada pelajar kerana ia memerlukan pelajar mendengar dengan teliti lagu yang diperdengarkan.
v. Peserta yang tidak mengenal wajah tokoh sejarah sukar untuk mencantum gambar jigsaw puzzle yang diedarkan.
5.2 Cadangan penambahbaikan program
i. Pendedahan lebih awal perlu diberi agar pengetahuan pelajar tentang tokoh-tokoh kemerdekaan, logo dan sebagainya dapat dipertingkatkan.
ii. Contoh bendera yang sebenarnya perlu ditunjukkan terlebih dahulu kepada pelajar sebelum aktiviti bermula.
iii. Lagu yang perlu dilibatkan sebaiknya lagu yang sedia ada dalam pengetahuan pelajar.
iv. Guru perlu menyediakan warna atau menetapkan jenis warna yang perlu dibawa oleh setiap peserta.
,
5.3 Implikasi program
Sacara keseluruhannya, kerjasama serta komitmen para guru yang melaksanakan program ini telah membuahkan hasil yang positif. Penglibatan secara aktif peserta juga secara langsung telah dapat menambah keyakinan diri dan pengetahuan pelajar makna patriotisme. Pada akhir sesi program pelajar sekali lagi diuji secara lisan tentang aktiviti yang telah dijalankan. Rumusannya, program ini telah Berjaya dengan lancar dan objektif serta matlamat tercapai.
,14
5.4 Penutup
Secara kesimpulannya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia bukan untuk menyiapkan bangsa Malaysia bertempur di medan perang.tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang, berkorban dan bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang kritikal seperti keilmuan, keagamaan, ekonomi, perdagangan, siasah dan diplomasi antarabangsa. Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia hendaklah dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan, di peringkat yang paling rendah dan asas, hinggalah ke peringkat yang setinggi-tingginya. Proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia perlulah didukungi oleh seluruh bangsa Malaysia.Patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan. Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan Rukun Negara atau mengetahui cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020.Perkara ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara komprehensif dansegera oleh semua pihak supaya seluruh strategi dan dasar ke arah mewujudkan patriotisme dan pembinaan ketahanan nasional di Malaysia benar-benar selaras dengankedudukan dunia yang sedang dihambat ledakan ICT.Oleh itu, bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan mengamalkan kebijaksanaan bahawa “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. “ Biar putih tulang, jangan putih mata”. “Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya”!
,15
LAMPIRAN
,16
MODUL 1
1.Tajuk : Kuiz Sejarah
2.Pengenalan
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap positif dan seringkali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan individu terhadap negaranya sendiri. Patriotisme adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih sayang dan kesetiaan yang padu.Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menyuburkan semangat patriotik dalam diri pelajar. Bak kata pepatah ’melentur buluh biarlah dari rebung ’. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk dari usia yang muda, sudah semestinya ia akan terus diamalkan dan kekal dalam diri pelajar sehingga dewasa. Amalan ini penting agar kita dapat melahirkan pelajar yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Dari itu, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulan dijalankan sepanjang masa. Usaha ini penting untik melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
3.Jenis aktiviti
Menjawab soalan kuiz yang berkaitan dengan kemerdekaan .
4.Matlamat
Murid boleh mengetahui tentang sejarah kemerdekaan negara di samping
mempelajari apakah yang dimaksudkan dengan patriotik.
5. Objektif
a) Pelajar lebih memahami erti kemerdekaan yang sebenar
b) Menghargai jasa tokoh-tokoh yang terlibat dalam usaha mencapai kemerdekaan
c) Memupuk semangat patriotisme dalam diri murid
6. Kumpulan sasaran
Murid yang terlibat adalah murid Tahap 2 tahun 5.
7. Syarat-syarat
a) Murid yang terlibat murid Tahap 2 iaitu Tahun 5 Berlian.
b) Masa yang diperuntukan hanya 30 minit.
c) Kuiz dijalankan secara individu.
,17
8. Langkah Perlaksanaan
a. Sebelum
i) Guru mengedarkan soalan kuiz kepada murid.
ii) Terangkan kepada murid bagaimana cara menjawab kuiz.
b. Semasa
i) Guru memantau murid menjawab soalan.
ii) Memastikan murid tidak berbincang sewaktu menjawab soalan.
c. Selepas
i) Guru mengarahkan murid berhenti menjawab setelah masa tamat.
ii) Guru mengutip kertas jawapan dan kertas soalan.
,18
MODUL 2
Tajuk : Pertandingan Jigsaw puzzle
1. Perdana Menteri Malaysia Pertama ( Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamiid Shah )
2. Perdana Menteri Malaysia Kedua ( Tun Abdul Razak bin Hj. Dato’ Hussein )
3. Perdana Menteri Malaysia Ketiga ( Tun Hussien bin Dato, Onn )
4. Perdana Menteri Malaysia Keempat ( Tun Dr. Mahathir bin Mohamad )
5. Perdana Menteri Malaysia Kelima ( Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi )
,19
2. Pengenalan
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Tanah air atau ‘Ibu Pertiwi’ itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan negara. Patriotisme adalah sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan budaya bangsa. Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan istilah ini digunakan seolah-olah berhubung antara satu sama lain. Patriotisme mengandungi konotasi etika. Patriotisme juga membayangkan seseorang wajar mengutamakan kepentingan Negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika perperangan nyawa mungkin akan dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patriotisme ekstrem.
Aktiviti yang dijalankan ini memungkinkan penyemaian istilah dan semangat patriotisme di dalam diri pelajar. Pendidikan awal amat penting sebagai langkah yang bermula dari umur yang muda lagi. Aktiviti ini sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan tentang tokoh-tokoh yang berjasa pada masa lampau dan sumbangan yang telah mereka curahkan terhadap pembentukan Negara ini. Kedengaran di merata tempat masyarakat melaungkan kemerdekaan tetapi tidak ramai yang tahu sejarah di sebalik kemerdekaan tersebut. Maka guru di sekolah telah diarahkan untuk memberi pengetahuan tersebut agar para pelajar celik sejarah pada masa akan datang. Penerapan nilai patriotisme dalam diri pelajar juga mampu membentuk jati diri dan sahsiah yang unggul.
,20
3. Jenis aktiviti
Pertandingan yang dijalankan adalah jigsaw puzzle dan akan disempurnakan secara berpasangan. Pertandingan ini mengajak pelajar untuk mengenal tokoh Negara yang sangat berjasa bagi negara kita.
4. Matlamat
Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan serta mengenali tokoh-tokoh Negara. Pelajar akan mengingati serta menghargai tokoh-tokoh tersebut.
5. Objektif
a) mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan Negara.
b) mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan Negara.
c) membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat.
d) bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat.
e) bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif.
6. Kumpulan sasaran
Program ini disasarkan untuk murid-murid Tahun 5. Sebelum program dijalankan,pengajaran dan pembelajaran terhadap topik telah dijalankan seperti biasa. Dengan itu pertandingan ini merupakan satu ulangkaji terhadap isi-isi yang telah mereka pelajari. Harapan ditujukan terhadap murid ini agar dapat menjadi perintis terhadap pelajar lain untuk menghargai semangat patriotisme. Murid-murid
,21
ini juga dapat membantu guru jika ada program sedemikian rupa dijalankan pada masa akan datang.
7. Syarat-syarat pertandingan
7.1 pertandingan ini hanya untuk pelajar Tahun 5 sahaja.
7.2 pelajar akan diajar tentang tokh-tokoh yang telah dipilih untuk pertandingan tersebut
7.3 pelajar tidak dibenarkan untuk merujuk gambar lain semasa pertandingan dijalankan.
7.4 masa yang diperuntukkan untuk menyusun keratan gambar yg diserahkan kepada mereka ialah 5 minit untuk satu gambar.
7.5 setiap pasangan perlu menyiapkan kelima-lima gambar tokoh tersebut secara bergilir-gilir.
8. Langkah pelaksanaan
8.1 Sebelum
a) taklimat peraturan akan diberikan oleh guru sebelum mereka memulakan aktiviti.
b) pelajar dipecahkan secara berpasangan. Setiap pasangan terdiri dari 2 orang tanpa mengikut jantina.
c) gambar-gambar tokoh akan dipamerkan kepada pelajar supaya mereka ingat gambar yang akan disusun.
d) guru akan mengedarkan kepingan gambar yang akan mereka susun kelak secara bergilir.
,22
8.2 Semasa
a) guru akan memantau para pelajar semasa menjalankan aktiviti.
b) guru boleh memberikan bimbingan kepada setiap pasangan.
c) guru memberi arahan untuk mula dah berhenti mengikut masa yang diperuntukkan.
8.3 Selepas
a) ketua kumpulan akan mengumpul semua gambar yang telah siap disusun.
b) guru sekali lagi menunjukkan gambar sebenar untuk rujukan pelajar.
c) guru memberi rumusan terhadap aktiviti pada hari tersebut.
d) penerapan nilai patriotisme juga dapat dijalankan sekaligus.
e) arahan besurai
,23
MODUL 3
Tajuk: Hari Malaysia
Pengenalan: Bagi menyemai sikap patriotik dikalangan murid-murid, menyanyi
adalah aktiviti yang paling menarik. Ini kerana murid-murid lebih suka
menyanyi daripada melakukan aktiviti seperti penulisan. Selain
daripada itu, aktiviti-aktiviti lain adalah seperti melukis bendera,
sajak, kuiz kenegaraan dan juga pertandingan bercerita.
Jenis aktiviti: Jangan Lupa Lirik – murid-murid diminta melengkapkan lirik lagu
Dirgahayu Tanah Airku
Matlamat: Ia adalah bagi menggilap ingatan murid dalam mengingati senikata lagu
yang berunsur patriotik dalam diri murid. Dengan adanya pelbagai cara
untuk menyemai sikap cintakan negara, diharap murid-murid akan
menyedari betapa pentingnya keamanan dan keharmonian kepada
sesebuah negara. Semangat cintakan negara ini
secara tidak langsung akan menjamin perpaduan kaum dan
kesejahteraan sesebuah negara.
Objektif:
1. membantu pelajar mengetahui lagu patriotik
2. meningkatkan semangat cintakan negara Malaysia
3. membantu murid menghafal lagu patriotik
,24
Kumpulan sasaran: Murid-murid Tahun 5
Jumlah Murid: 20 orang
Masa: 1 jam
Syarat-syarat : Murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum
Bahan:
1. Mp3 lagu patriotik
2. Lirik lagu patriotik
3. LCD
4. Komputer
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Guru memperdengarkan lagu
2. Murid-murid menyanyi bersama
3. Murid-murid diberi masa selama 15 minit untuk menghafal lagu
4. Guru menutup mp3
5. Guru mengedarkan lembaran kerja
6. Murid dikehendaki mengisi tempat kosong dan juga membetulkan lirik lagu yang salah tanpa iringan muzik
7. 15 minit diperuntukkan
8. Guru memperdengarkan sekali lagi lagu tersebut dan murid menyemak kerja mereka sendiri
,25
Sebelum:
1. Guru menerangkan peraturan pertandingan kepada murid-murid.
2. Murid-murid tidak dibenarkan duduk rapat bagi mengelakkan meniru.
3. Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid-murid.
Semasa:
1. Murid memilih tempat yang sesuai dan selesa bagi diri mereka.
2. Guru memperdengarkan lagu Dirgahayu Tanah Airku
3. Guru dan murid menyanyi bersama.
4. Guru menerangkan maksud lirik lagu tersebut.
5. Guru memperdengarkan sebanyak 2 kali lagu tersebut.
6. Guru mengutip lirik lagu yang telah diedarkan tadi dan mengedarkan tugasan yang perlu diselesaikan.
7. Murid-murid mengisi tempat kosong sambil mendengar lagu.
8. Guru memantau murid menyiapkan tugasan
Selepas:
1. Guru mengutip lembaran kerja murid.
2. Guru menyemak lambaran kerja tersebut bagi menentukan pemenang.
3. Guru memberi hadiah kepada pemenang.
,26
MODUL 4
PERTANDINGAN MEWARNA BENDERA NEGERI SARAWAK
1. Pengenalan
Pertandingan ini dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan murid tentang warna-warna dan lambang-lambang yang terdapat pada bendera Negeri Sarawak serta dapat menanam sikap petriotisme kepada murid. Rasa cintakan negara dan menghormati bendera haruslah dipupuk dari awal lagi. Murid juga didedahkan tentang maksud warna-warna dan lambang-lambang yang terdapat pada bendera Negeri Sarawak.
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
2. Objektif
2.1 Memupuk rasa cintakan negara dan menghormati bendera
,27
2.2 Mengasah bakat murid dalam bidang seni lukis
2.3 Menanam sikap patriotisme.
2.4 Membina minda yang cergas dan cerdas.
3. Penyertaan
Pertandingan ini terbuka hanya kepada murid-murid tahun 5 yang telah terpilih sahaja
4. Tema Pertandingan
4.1 Cintailah bendera kita
5. Syarat Pertandingan
5.1 Penyertaan
5.1.1 10 orang murid daripada kelas tahun 5 yang telah terpilih.
5.1.2 Pertandingan adalah berbentuk individu.
5.1.3 Peserta boleh menggunakan media pensil warna atau krayon atau pastel atau warna air atau gabungan 2 atau lebih media.
5.2 Bahan
5.2.1 Peserta dikehendaki membawa sendiri pewarna dan gambar telah disediakan oleh penganjur pertandingan
5.2.2 Nama peserta hendaklah ditulis di bahagian belakang kertas lukisan bergambar.
5.2.3 Pengiring tidak dibenarkan membantu peserta.
5.2.4 Semua hasil mewarna adalah hak milik penganjur.
5.2.5 Keputusan pengadil adalah muktamad.
5.3 Masa
5.3.1 Masa 1 jam 30 minit
5.4 Skema Pemarkahan
5.4.1 Warna menepati objek - 30 markah
5.4.2 Warna Harmoni - 30 markah
5.4.3 Kekemasan - 20 markah
,28
5.4.4 Ton Warna - 10 markah
5.4.5 Kreativiti - 10 markah
,29
MODUL 5
Tajuk : Hari Malaysia
Pengenalan : Pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik di kalangan pelajar. Antaranya ialah melalui pembacaan sajak. Semangat patriotik adalah penting kerana menjadi teras kepada pembentukan negara bangsa.
Jenis Aktiviti : Sajak – Riang Ria Merdeka
Matlamat : Matlamat aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat patriotik di kalangan pelajar. Semangat patriotik perlu dipupuk kepada pelajar kerana sebagai generasi yang akan memimpin negara di masa akan datang, mereka perlu mempunyai sifat jati diri dan bangga kepada negara. Selain daripada itu, pembacaan sajak juga dapat melahirkan cinta kepada negara.
Objektif : 1. Membantu pelajar mendeklamasikan sajak dengan menggunakan nada dan intonasi yang betul.
2. Meningkat semangat cintakan negara melalui pembacaan sajak.
3. Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai sastera Bahasa Malaysia melalui sajak.
4. Meningkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar
Sasaran : Pelajar sekolah rendah (Tahun 5)
Syarat-syarat : 1. Semua pelajar Tahun 5.
2. Semua pelajar mendeklamasikan sajak yang sama iaitu “Riang Ria Merdeka”
Masa : 1 jam
Bahan : 1) alatan siaraya
2) LCD projektor
Langkah : 1. Pelajar di minta untuk berada di atas pentas
2. Pelajar mendeklamasikan sajak berkaitan dengan nilai
Patriotisme mengikut nada dan intonasi yang betul
3. Juri memberi markah kepada murid
4. Guru membantu menyediakan murid semasa dan
Selepas turun dari pentas.
5. Sebelum juri mengumumkan pemenang untuk
Pertandingan, guru memberi penerangan berkaitan
Dengan sajak yang telah di sampaikan oleh murid. Guru menerangkan nilai patriotisme yang terdapat dalam sajak tersebut.
,30
RIANG RIA MERDEKA
Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?
Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan
Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas
Mentari melabuhkan tirainya
Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi
Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..
Wahai adik-adikku..
,31
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang
Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan
Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.
Nurkilan Md.Rz @ Mohd Rozaimie..Ogos07
,32
MODUL 6
Tajuk : Hari Malaysia
Pengenalan : Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan
sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat
patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada
bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan Negara maju lain.
Jenis Aktiviti : Sukaneka 1 Malaysia
Matlamat : Semangat kekitaan dapat dipupuk dengan melakukan permainan yang
mengkehendaki kerjasama berpasukan. Ahli-ahli dalam setiap
kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum (1 Malaysia). Sekiranya
semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja,pastilah
mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan
mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu
dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Objektif :1. Membantu pelajar melepaskan sebarang kekusutan ataupun
sebarang tekanan dengan cara berekreasi.
2. Meningkatkan semangat kekitaan dengan cara bekerjasana di
dalam satu kumpulan.
3. Meningkatkan tahap kepekaan/keupayaan murid mendengar arahan
serta pesanan dengan lebih cergas, pantas dan betul.
4. Membantu pelajar supaya dapat bergaul dengan rakan sebaya
dengan cara yang positif tanpa mengira kaum.
5. Membantu pelajar mengenali rakan sesekolah dengan lebih rapat
tanpa mengira taraf keluarga dan jenis kaum.
Kumpulan sasaran : Murid Tahun 5
Syarat Permainan : 1. Ahli dalam satu kumpulan sekurang-kurangnya terdiri
daripada 2 kaum.
,33
2. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada 5 orang ahli iaitu
2 laki 3 perempuan ataupun sebaliknya.
3. Permainan dimainkan secara liga iaitu menang-3 markah,
kedua-2 markah dan ketiga-1 markah.
Nama Permainan : Perahu Panjang
Alatan : 4 batang galah sepanjang 2 atau 3 meter
Masa : Tiada had masa
Cara Bermain : 1. Setiap kumpulan diberikan sebatang kayu.
2. Permain dikehendaki meletakkan galah di antara kedua-dua
lutut dan dipegang oleh stiap pemain.
3. Permainan dimulakan apabila fasilitator meniup wisel
permulaan.
4. Guru memegang tali sebagai tanda penamat kira-kira 50m
(meter) di hadapan barisan pemain.
5. Pemain dikehendaki berlari sambil memegang galah masing-
masing. Kumpulan mana yang sampai dahulu ke garisan
penamat akan dikira sebagai pemenang.
Nama Permainan : Isi Cepat-cepat
Alatan : 4 biji baldi berisi air
4 biji botol bekas minuman
Masa : 5 minit
Cara Bermain : 1. Setiap kumpulan akan diberikan botol bekas minuman dan
baldi berisi air masing-masing sebiji.
2. Pemain berbaris dalam kumpulan baldi berisi air diletakkan
di hadapan kumpulan masing-masing dan botol kosong
diletak kira-kira 5 meter di hadapan kumpulan masing-
masing.
3. Apabila fasilitator meniup wisel, pemain akan berjalan/berlari
secara bergilir-gilir dengan membawa air menggunakan
,34
tangan dan mengisikannya ke dalam botol kumpulan masing-
masing.
4. Permainan akan tamat apabila fasilitator meniupkan wisel.
5. Pemenang dikira berpandukan paras kandungan air yang diisi
ke dalam botol
Nama Permainan : Barshookha
Alatan : 4 batang paip (diameter-10cm dan bertebuk dengan 6 biji
lubang)
4 biji bola ping pong
4 buah baldi berisi air
4 botol bekas minuman
Masa : Tiada had masa
Cara Bermain : 1. Setiap kumpulan akan diberikan sebatang paip, sebiji botol
bekas minuman sebiji bola ping pong dan sebuah baldi
berisi air
2. 3 orang pemain dikehendaki menutup lubang yang terdapat
pada batang paip.
3. 2 orang lagi pemain akan bertukar-tukar untuk mengisi air ke
dalam botol kosong kemudian menuangkannya ke dalam
batang paip yang telah diisi dengan buah ping pong.
4. Kumpulan mana yang bola ping pongnya terkeluar dahulu
dari batang paip akan dikira sebagai pemenang.
Nama Permainan : Telur Gergasi
Alatan : 4 biji belon berisi air(diikat ketat-ketat)
Masa : Tiada had masa
,35
Cara Bermain : 1. Setiap kumpulan akan diberikan belon yang berisi air.
2. Pemain dikehendaki berdiri 1-1 di dalam kumpulan masing-
masing.
3. Permainan dimainkan dengan melontar belon kepada kawan
secara zig- zag dalam kumpu;an masing-masing.
4. Pemenang dikira dengan belon yang lambat pecah.
,36
MODUL 7
Jenis aktiviti
Menamakan tokoh sejarah Malaysia.
Matlamat
Membantu murid-murid mengenal beberapa tokoh sejarah dengan menunjukan beberapa keping gambar potriat.
Kumpulan sasaran
Murid murid tahap 1
Langkah pelaksanaan
1 Sebelum
- Guru menunjukan beberapa keping gambar tentang Perdana Menteri
- Guru akan menerangkan hasil hasil jasa baik setiap Perdana Menteri yang dengan jayanya membangunkan Negara Malaysia.
2. Semasa
- Guru memberi gambar dan tag nama Perdana Menteri kepada murid.
- Guru menyuruh murid untuk menyuaikan nama dan gambar dengan betul
3. Selepas
- Guru akan memilih seorang murid untuk menceritakan seorang Perdana Menteri tentang Jasa baik yang telah di lakukan.
,37
::Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah::
:Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein::
::Tun Hussein bin Dato’ Onn::
::Tun Dr. Mahathir bin Mohamad:: ::Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi:: 1 .Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-
,38
Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai “Tunku”, beliau juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”.
2. Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai “Bapa Pembangunan”.
3. Tun Hussein bin Dato’ Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapaiperpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai “Bapa Perpaduan”.
4. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ãÍ Ö íÑ È ä ãÍãÏ , dilahirkan pada 20 Disember1925). Beliau amat popular dengan gelaran “Dr. M” dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalismeautokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”, negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
,39
5. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysiake-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong ‘Team B’ dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
,40
MODUL 8
Tajuk : Kenali Negaraku Tercinta
Pengenalan : Terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Lagu
patriotik merupakan salah satu contoh identiti negara di samping
logo, jata, bendera dan lain-lain.
Jenis aktiviti : Mengenali/mengetahui senikata lagu ”Malaysia Tanah Airku”
Matlamat : Satu daripada langkah untuk menyemaikan semangat patriotisme
adalah dengan memberikan penekanan tentang proses
pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara
ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti
kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah
tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan
hingga dewasa.
Objektif : 1. Membantu pelajar mengenali lagu patriotik
2. Meningkatkan maklumat semangat cintakan Negara Malaysia
3. Memberikan maklumat sebanyak dan semampu yang boleh kepada
pelajar mengenai maksud-maksud lirik dalam lagu patriotik.
4. Membantu pelajar menghafal dan mengingati lirik lagu patriotik.
Kumpula sasaran : Murid Tahun 5
Syarat-syarat : Sebuah kumpulan kalau boleh terdiri daripada pelbagai kaum.
Langkah Perlaksanaan : 1. Pelajar dikehendaki mendengar nyanyian lagu ’Malaysia
Tanah Airku’ yang dimainkan melalui MP3.
2. Guru memaparkan lirik lagu ’Malaysia Tanah Airku’
LCD/ kertas majong.
3. Guru menerangkan maksud-maksud senikata dalam
lagu ’Malaysia Tanah Airku’.
4. Pelajar kemudiannya dibahagikan kepada 5 kumpulan (4
orang dalam sebuah kumpulan) dan seterusnya melantik
seorang sebagai ketua kumpulan.
5. Guru mengagihkan kertas soalan/majong kepada
setiap kumpulan.
,41
6. Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk
mencari dan menyelesaikan soalan yang telah diedarkan
oleh guru. Jawapan yang diperolehi akan disalinkan ke
dalam kertas majong.
5.Seorang dari setiap kumpulan akan melaporkan/
membentangkan hasil kumpulan masing-masing.
6. Murid dan guru bersama-sama berbincang mengenai
hasil perbentangan.
Sebelum : 1. Guru menerangkan peraturan-peraturan aktiviti.
2. Guru mengagihkan murid kepada 4 orang dalam sebuah
kumpulan.
3. Guru memaparkan senikata lagu menggunakan kertas majong
(dituliskan senikata lagu ’Malaysia Tanah Airku’).
Semasa : 1. Murid duduk di dalam kumpulan masing-masing.
2. Guru menerangkan maksud-maksud senikata/lirik dalam lagu
’Malaysia Tanah Airku’
2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid mengikut
kumpulan (sebuah kumpulan sebuah lembaran)
3. Guru memantau murid menjawab kerja dalam kumpulan.
Selepas : 1. Ketua dari setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan
masing-masing.
2. Guru membawa murid-murid berbincang berkaitan dengan hasil
pembentangan murid.
3. Guru memberi hadiah kepada pemenang.
,42
MODUL 9
Tajuk : Pertandingan mewarna logo yang berunsurkan patriotisme.
1. Logo Jata Negara
2. Logo 1 Malaysia
3. Logo 50 Tahun Kemerdekaan
4. Logo Keranama Malaysia
,43
3. Pengenalan
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' atau 'ibu pertiwi' itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme,dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem
Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyemai sikap, perasaan dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Dalam usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, usaha-usaha di peringkat awal perlu dilakukan melalui perbagai aktiviti khasnya di peringkat sekolah. Pengetahuan dan mengamalkan semangat patriotisme amat penting bagi generasi kini. Para pelajar mesti mengetahui sejarah negara, sejarah kemerdekaan negara, tokoh-tokoh kemerdekaan dan sebagainya. Sama seperti kepentingan perpaduan, kepentingan semangat patriotisme juga amat penting bagi membentuk pelajar yang memiliki dan mengenal jatidiri dan menerap sahsiah yang unggul dalam diri individu.
,44
4. Jenis Aktiviti
Berbentuk pertandingan antara kumpulan yang mana satu kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Pertandingan mewarna logo berunsur patriotisme.
5. Matlamat
Matlamat utama projek mewarna logo ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar cirri-ciri yang perlu dimiliki oleh warga Malaysia dalam memantapkan semangat patriotisme.
6. Objektif a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara; b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara; c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis; d. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan; e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara
,45
7. Kumpulan sasaran
Bagi merealisasi dan menjayakan program yang telah diatur, seramai 15 orang pelajar dari kelas tahun 5 Berlian (aliran Bahasa Melayu) dan 5 orang dari kelas Tahun 5 Ceria (aliran Bahasa Cina) dipilih berdasarkan siri ujian saringan mewarna yang telah dilakukan. Apa yang menjadi harapan ialah pelajar yang dipilih ini akan menjadi perintis kepada rakan-rakan agar dapat mengetahui seterusnya menjiwai semangat patriotisme. Dengan pemilihan dalam jumlah yang terhad ini juga ia dapat membantu pihak sekolah merancang aktiviti yang serupa pada masa akan datang kepada warga sekolahnya.
8. Syarat-syarat penyertaan
8.1 Pelajar dari kelas Tahun 5 sahaja dibenarkan menyertai pertandingan ini.
8.2 Pelajar akan mengikuti sesi kuiz bertemakan warna logo sebelum terpilih menyertai pertandingan.
8.3 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan bahan media lain seperti warna kerana ia disedia oleh pihak penganjur.
8.4 Peserta yang menggunakan pakaian berunsur patriotisme akan mendapat markah bonus.
,46
9. Langkah pelaksanaan
9.1 Sebelum
a) Sesi taklimat mengenai undang-undang kepada peserta dan melantik seorang ketua bagi projek tersebut.
b) Masa yang diperuntukan bagi menyiapkan aktiviti ialah selama 30 minit.
c) Guru meminta semua peserta menyanyi lagu berunsur patriotisme mengikut tayangan lagu yang disediakan.
d) Dibahagikan tempat mengikut kumpulan masing-masing
e) Guru mempamerkan contoh logo sebenar sebagai panduan peserta.
f) Guru memeriksa peralatan yang dibawa oleh peserta.
g) Guru bertugas mengedar bahan kepada peserta.
h) Guru akan memulakan pertandingan secara serentak.
9.2 Semasa
a) Guru bertugas akan memantau para peserta menjalankan aktiviti.
b) Guru member bimbingan secara lisan kepada kumpulan yang menghadapi masalah menyiapkan tugasan.
c) Guru member isyarat atau memmaklum bahwa masa yang diperuntukkan menyiapkan tugasan hampir tamat.
d) Guru mengarahkan peserta berhenti meneruskan aktiviti.
,47
9.3 Selepas
a) Guru memberitahu peserta masa akan tamat dalam masa terdekat.
b) Guru mengarahkan agar perserta berhenti meneruskan aktiviti kerana masa yang diberi sudah berakhir.
c) Guru mengarahkan ketua kumpulan mengumpul hasil kerja para peserta.
d) Guru meminta wakil dari setiap kumpulan menyerahkan bahan seperti warna kepada guru bertugas.
e) Guru menyuruh peserta mengemas dan membersihkan tempat masing-masing.
f) Guru member rumusan hasil kerja pelajar dan mengaitkan dengan nilai-nilai patriotisme.
g) Guru meminta pelajar menyanyi lagu berunsur patriotisme berdasarkan senikata yang diedarkan.
h) Guru mengarahkan pelajar bersurai.
,48
Jawapan
Dirgahayu Tanah Airku
Kau... Persada indah permai Pepohon menghijau menghias pantai Putera Puteri mu tersenyum riang ria Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya Dibawah naungan payung mahkota Ohh... Pertiwi ku perkasa Disanjung di puja setiap masa Berwaspada sentiasa bersemangat waja Satu bangsa satu bahasa satu budaya Malaysia nusaku tercinta Tumpuan pelancong Dan juga para peniaga Batik songket tenunan menawan Terkenal merata dunia Kepada mu oh pertiwi Kasih ku abadi Sejati murni Rela ku Berbakti mesti terkorban diri Padamu ku curah sumpah setia dan janji Dirgahayu oh Tanahairku ( ulang 2 kali )
,49
Nama: _______________ Tarikh:____________
Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul.
Dirgahayu Tanah Airku
_______ Persada indah permai Pepohon _____________ menghias pantai Putera Puteri mu _________________ riang ria Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya Dibawah ____________ payung mahkota Ohh... ____________ ku perkasa Disanjung di puja setiap masa ______________ sentiasa bersemangat waja Satu ____________ satu ___________ satu ______________ Malaysia _____________ tercinta ______________ pelancong Dan juga para peniaga Batik_____________ tenunan menawan Terkenal merata dunia Kepada mu ______ pertiwi Kasih ku abadi _____________ ___________ Rela ku Berbakti mesti terkorban diri ___________ ku _________ __________ __________ dan __________ ____________ oh Tanah Airku (ulang ____kali )
Markah___________
,50
Lirik lagu
Dirgahayu Tanah Airku
Kau... Persada indah permai Pepohon menghijau menghias pantai Putera Puteri mu tersenyum riang ria Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya Dibawah naungan payung mahkota Ohh... Pertiwi ku perkasa Disanjung di puja setiap masa Berwaspada sentiasa bersemangat waja Satu bangsa satu bahasa satu budaya Malaysia nusaku tercinta Tumpuan pelancong Dan juga para peniaga Batik songket tenunan menawan Terkenal merata dunia Kepada mu oh pertiwi Kasih ku abadi Sejati murni Rela ku Berbakti mesti terkorban diri Padamu ku curah sumpah setia dan janji Dirgahayu oh Tanahairku ( ulang 2 kali )

No comments:

Post a Comment

Post a Comment