Thursday 3 May 2012

KENEGARAAN individu


DZUL KARNAIN ABDUL KADIR,
(PPG/33210/2012)
SK CAMPURAN DARO,
SARAWAK.


Guru Besar,
SK Campuran Daro,
96200 Daro,
Sarawak.                                                                                                       TARIKH : 2 MEI 2012

Tuan,

PERMOHONAN MELAKSANAKAN KERJA KURSUS PROGRAM KENEGARAAN

Dengan segala  hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Berhubung perkara di atas, saya mewakili ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 9 orang guru akan melaksanakan satu program yang kenali sebagai Projek Bertemakan Patriotisme.  Projek berkenaan merupakan sabahagian daripada kerja kursus kami secara kumpulan yang akan dijalankan pada :
Tarikh              : 5 Mei 2012 (Sabtu)
Masa               : 8.00 pagi
Tempat            : SK Campuran Daro

3.         Tujuan kami ialah untuk memohon kebenaran daripada pihak tuan menggunakan kawasan sekolah untuk melaksanakan projek kami. Di samping itu juga kami akan meminjam beberapa kemudahan sekolah tuan seperti berikut :
1. Pentas Utama
2. Kerusi dan meja
3. Alat siaraya (PA System)

4.         Bersama ini saya sertakan kertas kerja projek yang akan kami laksanakan pada tarikh yang telah dinyatakan.

Sokongan serta kerjasama pihak tuan sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,


(DZUL KARNAIN ABDUL KADIR)
Ketua Kumpulan,
PPG USM 2012/2016.


KERTAS KERJA PROJEK PATRIOTISME

Latar belakang projek.
Projek Kenegaraan ini merupakan salah satu skop kerja kursus secara kumpulan yang dilaksanakan oleh ahli-ahlinya di sebuah sekolah yang terpilih. Seramai 9 orang guru iaitu ahli kumpulan ini dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek ini berdasarkan tema yang dipilih. Penglibatan, kerjasama, komitmen para ahli dituntut agar pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar. Gurindam ada menyatakan “anak umpama biji benih, lontar ke laut menjadi pulau, lontar ke udara menjadi kejora, lontar ke darat menggunung sasa” menunjukkan peri pentingnya watak pelajar bagi sesebuah Negara. Pelajar perlu disemaikan semangat patriotism yang mendalam untuk mengekal pembangunan dan perpaduan negara. Pendedahan awal kepada pelajar semangat patriotism melalui bebrapa kaedah, strategi, cara, dan teknik mampu untuk mewujudkan pelajar yang bertanggungjawab, cintakan tanah air dan memiliki jatidiri serta sahsiah yang unggul. Aktiviti dalam projek kali ini merupakan sebahagian model yang dapat membantu menanam semangat patriotism dalam kalangan pelajar khasnya dan sekolah amnya.  Langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan. Aplikasi pelbagai kegiatan seperti aktiviti dalam modul yang akan kami laksanakan juga dapat membantu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.

Tujuan dan objektif program
Perlaksanaan projek ini antara lain tujuannya ialah :
1.1.1     mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara
1.1.2     mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap negara, agama, dan bangsa.
1.1.3     bersemanagat kekitaan, berdisiplin, dan hidup bermasyarakat dan harmonis.
1.1.4 memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan.
1.1.5   bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.

Objektif utama program yang dijalankan ini ialah untuk :
-       memberi pendedahan awal kepada pelajar khasnya di peringkat sekolah rendah tentang nilai-nilai dan semangat patriotism yang perlu ditanam dan diaplikasi dalam kehidupan seharian peserta.
-        
Jawatankuasa Program
Pengerusi                 : Dzul Karnain Abdul Kadir
N. Pengerusi            : Mas Rasulamah Abdul Manap
Setiausaha               : Roslan Samion
Bendahari                 : Emas Seleman
AJK                            : Jurufoto – Azezul Razaid
                                      Hadiah – Mohd. Khir Nasarruddin Jolen
                                      Jamuan – Khairunnisa Nur Afiqa Abdullah
                                      Persiapan tempat   - Nicholas Ak Edward Munyug
                                      Editor tugasan  - Ramzi Junai


METODOLOGI PROGRAM
FASA
TARIKH
PERKARA
FASA I
Praperancangan

14/4/2012
Kerja ke arah taklimat projek :
-       Menbentuk sumber-sumber rujukan
-       Membentuk kemungkinan-kemungkinan
FASA II
Perancangan Lengkap

22/4 –
1 /5/2012
Menyediakan taklimat kerja yang lengkap :
-       Memahami prosedur projek
-       Menjadualkan kegiatan-kegiatan dan sumber-sumber
FASA III
Pelaksanaan

5/5/2012
Melaksanakan perancangan
-       Mengawasi dan mengawal semakan/ perbandingan dengan perancangan
FASA IV
Ulasan pasca projek

6/5/2012
Menutup projek
-       Mengemukakan laporan akhir
-       Melakukan penilaian terhadap projek
-       Menyediakan maklumat dan dokumentasi

Kumpulan Sasaran
            Bagi merealisasi dan menjayakan program yang telah diatur, seramai 20 orang pelajar telah dipilih iaitu dari kelas 5 Berlian (15 orang) dan 5 Ceria (5 orang). Apa yang menjadi harapan ialah pelajar yang dipilih ini akan menjadi perintis kepada rakan-rakan agar dapat mengetahui seterusnya menjiwai semangat patriotisme. Dengan pemilihan dalam jumlah yang terhad ini juga ia dapat membantu pihak sekolah merancang aktiviti yang serupa pada masa akan dating kepada warga sekolahnya.
Prosedur pelaksanaan
Setelah fasa I berjaya  dilakukan, beberapa prosedur tertentu telah dikenalpasti bagi menjayakan perancangan yang dibuat.
1.    Berbincang dengan pihak pentadbiran tentang projek yang akan dilaksanakan.
2.    Menulis surat rasmi beserta kertas kerja projek.
3.    Merujuk garis panduan pelaksanaan projek.
4.  Perbincangan tidak formal dengan guru-guru bagi mendapatkan idea, sokongan dan kerjasama semasa projek dijalankan.
5.   Taklimat bersama guru-guru yang terlibat dan perlantikan ahli jawatankuasa kerja peringkat sekolah.
6.    Taklimat kepada pelajar yang dipilih untuk mengikuti program.
7.    Persiapan terakhir sebelum projek dilaksanakan.
8.    Fasa II dan IV

Aktiviti projek
1.    Pertandingan menama tokoh-tokoh sejarah
2.    Pertandingan mewarna bendera negeri-negeri
3.    Pertandingan menyusun jigsaw puzzle
4.    Pertandingan Jangan Lupa Lirik
5.    Kuiz sejarah
MODUL 9

Tajuk : Pertandingan mewarna logo yang berunsurkan patriotisme.

1.    Logo Jata Negara
2.    Logo 1 Malaysia
3.    Logo 50 Tahun Kemerdekaan
4.    Logo Keranama Malaysia


2.    Pengenalan
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' atau 'ibu pertiwi' itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara.Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme,dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem
Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyemai sikap, perasaan dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.  Dalam usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, usaha-usaha di peringkat awal perlu dilakukan melalui perbagai aktiviti khasnya di peringkat sekolah. Pengetahuan dan mengamalkan semangat patriotisme amat penting bagi generasi kini. Para pelajar mesti mengetahui sejarah Negara, sejarah kemerdekaan Negara, tokoh-tokoh kemerdekaan dan sebagainya. Sama seperti kepentingan perpaduan, kepentingan semangat patriotisme juga amat penting bagi membentuk pelajar yang memiliki dan mengenal jatidiri dan menerap sahsiah yang unggul dalam diri individu.
3.    Jenis Aktiviti
Berbentuk pertandingan antara kumpulan yang mana satu kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Pertandingan mewarna logo berunsur patriotisme.

4.    Matlamat
Matlamat utama projek mewarna logo ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar cirri-ciri yang perlu dimiliki oleh warga Malaysia dalam memantapkan semangat patriotisme.

5.    Objektif
a.    mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara;
b.    mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara;
  1. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis;
  2. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan;
  3. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan
  4. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara
6.    Kumpulan sasaran
Bagi merealisasi dan menjayakan program yang telah diatur, seramai 15 orang pelajar dari kelas tahun 5 Berlian (aliran Bahasa Melayu) dan 5 orang dari kelas Tahun 5 Ceria (aliran Bahasa Cina) dipilih berdasarkan  siri ujian saringan berbentuk kuiz yang telah dilakukan. Apa yang menjadi harapan ialah pelajar yang dipilih ini akan menjadi perintis kepada rakan-rakan agar dapat mengetahui seterusnya menjiwai semangat patriotisme. Dengan pemilihan dalam jumlah yang terhad ini juga ia dapat membantu pihak sekolah merancang aktiviti yang serupa pada masa akan dating kepada warga sekolahnya.
7.    Syarat-syarat penyertaan
7.1  Pelajar dari kelas Tahun 5 sahaja dibenarkan menyertai pertandingan ini.
7.2  Pelajar akan mengikuti sesi kuiz bertemakan warna logo sebelum terpilih menyertai pertandingan.
7.3  Pelajar tidak dibenarkan menggunakan bahan media lain seperti warna kerana ia disedia oleh pihak penganjur.
7.4  Peserta yang menggunakan pakaian berunsur patriotisme akan mendapat markah bonus.
8.    Langkah pelaksanaan
8.1  Sebelum
a)    Sesi taklimat  mengenai undang-undang  kepada peserta dan melantik seorang ketua bagi projek tersebut.
b)    Masa yang diperuntukan bagi menyiapkan aktiviti ialah selama 30 minit.
c)    Guru meminta semua peserta menyanyi lagu berunsur patriotisme mengikut  tayangan lagu yang disediakan.    
d)    Dibahagikan tempat mengikut kumpulan masing-masing
e)    Guru mempamerkan contoh logo sebenar sebagai panduan peserta.
f)     Guru memeriksa peralatan yang dibawa oleh peserta.
g)    Guru bertugas mengedar bahan kepada peserta.
h)   Guru akan memulakan pertandingan secara serentak.
8.2  Semasa
a)     Guru bertugas akan memantau para peserta menjalankan aktiviti.
b)    Guru member bimbingan secara lisan kepada kumpulan yang menghadapi masalah menyiapkan tugasan.
c)    Guru member isyarat atau memmaklum bahwa masa yang diperuntukkan menyiapkan tugasan hampir tamat.
d)    Guru mengarahkan peserta berhenti meneruskan aktiviti.
8.3  Selepas
a)    Guru memberitahu peserta masa akan tamat dalam masa terdekat.
b)    Guru mengarahkan agar perserta berhenti meneruskan aktiviti kerana masa yang diberi sudah berakhir.
c)    Guru mengarahkan ketua kumpulan mengumpul hasil kerja para peserta.
d)    Guru meminta wakil dari setiap kumpulan menyerahkan bahan seperti warna kepada guru bertugas.
e)    Guru menyuruh peserta mengemas dan membersihkan tempat masing-masing.
f)     Guru member rumusan hasil kerja pelajar dan mengaitkan dengan nilai-nilai patriotisme.
g)    Guru meminta pelajar menyanyi lagu berunsur patriotisme berdasarkan senikata yang diedarkan.
h)   Guru mengarahkan pelajar bersurai.

No comments:

Post a Comment